MENGETAHUI
HAK ANDA DI BAWAH UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Walaupun Malaysia kekurangan undang-undang khusus untuk OGBV, terdapat beberapa perlindungan undang-undang yang sedia ada. Memahami hak ini boleh memberi anda kekuatan untuk bertindak dan melindungi diri sendiri.
Memahami Undang-Undang di Malaysia
Stereotaip jantina yang berakar dalam, menyalahkan mangsa, dan kurangnya kesedaran di kalangan pihak berkuasa menjadikan usaha mencari keadilan mencabar.
Namun begitu, ada yang berjaya menghalang pengganggu dengan mengancam tindakan undang-undang. Walaupun undang-undang mungkin tidak sempurna, mengetahui hak anda dan mengumpul bukti boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak.
Pengetahuan adalah kuasa.
Memahami hak undang-undang anda tidak menjamin keadilan—tetapi ia boleh membantu anda mengambil semula kawalan. Walaupun dalam sistem yang tidak sempurna, memiliki maklumat adalah satu bentuk perlindungan.
Senarai undang-undang yang berkaitan di Malaysia
Huraian Undang-Undang
Undang-undang ini menegaskan “barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang menyebut apa-apa perkatan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya”.
Jenis OGBV
Hukuman
Penjara selama tempoh sampai lima tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Huraian Undang-Undang
Undang-undang ini “menjadikan satu kesalahan bagi sesiapa yang mengugut untuk mendatangkan kematian dan kecederaan parah, kemusnahan harta dengan api, atau menyebabkan kesalahan lain yang boleh dihukum dengan kematian atau penjara”.
Jenis OGBV
Hukuman
Penjara selama tempoh sampai dua tahun, denda atau kedua-duanya. Apabila ada ugutan untuk menyebabkan kematian dan kecederaan parah, tempoh pemenjaraan itu boleh dipanjangkan hingga ke tujuh tahun.
Huraian Undang-Undang
Undang-undang ini menyatakan “pemerasan ialah apabila seseorang sengaja mendatangkan ketakutan kepada orang lain mengenai suatu bencana akan menimpa orang itu atau kepada orang lain di mana melalui perbuatan tersebut bertujuan mendorong mangsa secara tidak jujur untuk menyerahkan harta atau cagaran berharga.”
Jenis OGBV
Hukuman
Penjara selama tempoh sampai tujuh tahun atau sebatan atau dua hukuman yang disebut serentak.
Huraian Undang-Undang
Undang-undang ini memberi maksud kepada “gangguan seksual” sebagai apa-apa tingkah laku yang berunsur seksual, secara lisan atau tidak, visual, isyarat, atau fizikal, yang menghina atau memalukan atau mengugut kesejahteraan diri, terhadap seseorang, yang timbul dari atau di dalam masa pekerjaannya.
Jenis OGBV
Hukuman
Jika kejadian gangguan seksual itu dibuktikan, majikan ada pilihan untuk (i) membuang pekerja yang dituduh tanpa notis, (ii) menurunkan pangkat pekerja tersebut, (iii) mengenakan hukuman ringan lain yang majikan nilaikan sebagai sesuai dan adil, dan jika hukuman penahanan gaji dibuat, ia tidak boleh melebihi tempoh dua minggu.
Huraian Undang-Undang
Undang-undang ini diwartakan pada tahun 2017 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa gangguan dan penderaan seksual.
Jenis OGBV
Hukuman
Seksyen 10: Boleh dipenjara maksimum 5 tahun atau didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 11: Hukuman penjara maksimum 3 tahun.
Seksyen 12: Hukuman penjara maksimum 5 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Seksyen 15: Hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Huraian Undang-Undang
Undang-undang ini menjadikan kesalahan bagi sesiapa yang membuat, mewujudkan atau meminta-minta dan memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.
Jenis OGBV
Hukuman
Denda dengan jumlah sampai RM50,000, dipenjarakan dengan tempoh sampai 1 tahun, atau kedua-duanya.
Huraian Undang-Undang
Menghukum apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya. Ini akan delanjutkan kepada gangguan seksual yang dilakukan atau dibantu oleh teknologi digital.
Jenis OGBV
Hukuman
Pesalah laku mungkin perlu membayar ganti rugi dengan jumlah setinggi RM250,000 atau dipenjarakan.
Huraian Undang-Undang
Peruntukan ini menetapkan seseorang individu akan dianggap menghendap jika melakukannya berulang kali dengan niat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau patut tahu, bahawa perbuatan sedemikian boleh menyebabkan kesusahan, ketakutan, atau kebimbangan kepada mana-mana orang tentang keselamatan mereka
Jenis OGBV

Akta ini melindungi mangsa-mangsa hendapan di dalam talian dan di luar talian.
Hukuman
Dipenjarakan tidak lebih dari tiga tahun, denda atau kedua-duanya.