Melaporkan kepada Platform

Jika anda mengalami keganasan berasaskan gender dalam talian, kebanyakan platform mempunyai alat untuk membantu anda mengambil tindakan. Berikut ialah cara anda boleh membuat laporan kandungan bermasalah di platform utama:

X/Twitter

  • Klik tiga titik pada tweet atau profil dan pilih “Laporkan (Report)”.
  • Pilih jenis pelanggaran yang paling sesuai dengan kes anda.
  • Untuk laporan yang lebih terperinci, gunakan halaman laporan Twitter.
  • Laporan dalam bahasa selain Inggeris mungkin memerlukan penjelasan tambahan.
  • Jika Twitter mengesahkan pelanggaran, akaun mungkin digantung.

Anda boleh rujuk polisi penuh mereka di sini.

Facebook & Instagram

  • Tekan tiga titik pada siaran atau profil dan pilih “Laporkan (Report)”.
  • Facebook dan Instagram melarang gangguan, buli, dan kandungan intim tanpa kebenaran.
  • Laporan adalah tanpa nama—identiti anda tidak akan dikongsi.
  • Semak “Peti Masuk Sokongan (Support Inbox)” anda untuk kemas kini laporan.

Tiada akaun Instagram? Anda masih boleh lapor menggunakan borang ini.
Anda juga boleh isi borang khas ini untuk melaporkan kepada Facebook.
Dasar dan panduan laporan Instagram boleh dibaca di sini.

Telegram

Lapor kandungan bermasalah dengan menghantar e-mel ke abuse@telegram.org

WhatsApp

  • Tekan lama pada mesej > Pilih “Laporkan (Report)”
  • WhatsApp akan menyemak lima mesej terakhir yang dihantar oleh pengguna yang dilaporkan
  • Pelanggaran berulang boleh menyebabkan akaun digantung, tetapi tidak semua laporan akan dikenakan tindakan

Maklumat lanjut: Panduan laporan WhatsApp.
Ambil tindakan apabila perlu, dan ingat—anda tidak bersendirian 💙